Searching...
Thursday, 18 June 2015
22:15 0

TIPS "BERSETUBUH" DIBULAN RAMADHAN BAGI SUAMI ISTERI YANG WAJIB DIKETAHUI

PERKONGSIAN HUBUNGAN INTIM SEMASA BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadan bukan bererti pasangan suami-isteri juga harus berpuasa dari melakukan hubungan intim. Menurut hukum, hubungan intim suami-isteri haram dilakukan pada siang hari pada bulan ramadhan. Jika pasangan melakukannya di siang hari, ada kafarat (denda) yang harus dijalani yakni memerdekakan seorang budak, jika tak memungkinkan berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin.

Justeru hubungan seksual suami-isteri diperbolehkan dilakukan malam hari hingga awal fajar. Ikuti tips mudah bersetubuh pada bulan Ramadhan:

#1 Lakukan dengan niat ibadah
Melakukan hubungan intim pada malam hari saat Ramadhan sangat berpahala, kerana termasuk dalam ibadah. Justeru, jangan rasa terbeban dan lakukanlah dengan hati senang dan ikhlas. Anda berdua akan lebih menikmatinya.

#2 Atur waktu
Haruslah bijak mencari waktu yang tepat dalam melepaskan hasrat kerana waktu yang relatif sangat sempit selama Ramadhan. Setelah berbuka dan tarawih, anda masih punya waktu beberapa jam hingga masuk waktu sahur. Manfaatkan waktu ini untuk bermesraan dengan pasangan.

#3 Lakukan seks kilat
Jika selama ini tempoh hubungan bersama pasangan lebih lama, usahakan lakukan lebih cepat, agar tenaga tidak mudah hilang.

#4 Saling mengerti
Anda dan pasangan harus memiliki pemikiran yang serasi. Bila salah satu dari pasangan enggan, pasangan lainnya harus mengerti. Jika hubungan intim suami-isteri dilakukan dengan cinta, selain mendapat pahala, pasangan boleh menghapuskan dosa-dosa yang dahulu.

Semoga tips ini berguna kepada pasangan suami isteri. Selamat menyambut bulan Ramadhan!
Wednesday, 17 June 2015
23:06 0

TIPS "SAHUR" YANG BOLEH MENGELAKAN LAPAR SEPANJANG PUASA



Tips Sahur Sihat Elak Lapar ketika puasa

1. Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur.

2, Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan.

3. Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam dan waktu sahur.

4. Elakkan makanan ringan semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya    kerana ia mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan badan  ternyah hidrat.

5. Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, Oat,protein seperti  ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.

6. Di nasihatkan memakan 3 hingga 7 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian  juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan Puasa.

7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan  dahaga.

8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih  mudah ternyah hidrat.


Sekian sahaja tips sahur. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..