1. Campurkan minuman isotonik dengan air putih pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
2. Rendamkan ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan membuatkan tekanan darah turun dari kepala anda.
3. Ambil sebiji epal hijau dan di belah dua, dan ambil 2 gelas air. Rebuskan buah epal tersebut sehingga jadi tinggal 1 gelas air sahaja. Minum air rebusan epal hijau itu begitu aje, tak payah tambah gula.
4. Duduk tegak boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa peniing. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.
5. Tidur boleh membantu meredakan pening atau sakit kepala, namun hanya dengan tidur yang berkualiti dan sesuai waktunya, 8 jam per hari. Jika anda tidur sekejap bangun dan tidur balik pastu bangun semula, maka keadaan sakit boleh menjadi lebih parah lagi.
6. Lepas ikatan di kepala bila anda memakai ikat kepala, atau sanggul rambut. Ikatan yang terlalu rapat boleh membuat kulit kepala menegang. Peredaran darah yang terganggu akibat ikat kepala pun boleh mencetuskan pening kepala.
7. Makan makanan pedas boleh membantu penyembuhan pening atau sakit kepala yang anda alami. Bila terasa sakit cari semangkuk tomyam pedas pasti sakit anda kembali pulih
8. Perahkan limau kasturi rata-rata di kepala, kemudian ramas rambut perlahan-lahan dan picit-picit kepala untuk membuatkan aliran darah berjalan dengan baik. Kulit limau yang diperah kemudian dimasukkan ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut di atas kepala dan badan.
9. Hiris nipis-nipis BAWANG PUTIH. Kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.
10. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh. Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.
11. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata. Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).
12. Spa/ Stim/ Mandi air panas. Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.
13. Picit/ Urutan kepala. Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.
14. Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan. Lumurkan keseluruh kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering. Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.
16. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam
0 comments:
Post a Comment