1. Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur.
2, Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan.
3. Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam dan waktu sahur.
4. Elakkan makanan ringan semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ia mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan badan ternyah hidrat.
5. Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, Oat,protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.
6. Di nasihatkan memakan 3 hingga 7 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar di bulan Puasa.
7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan dahaga.
8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.
Sekian sahaja tips sahur. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..
0 comments:
Post a Comment