Searching...
Saturday, 11 April 2015
21:33 0

cara MEMBEZAKAN "AP SET DAN ORIGINAL SET"

HAI UOLSS HARI NI SAYA NAK BAGITAHU CARA2 NAK MEMBEZAKAN HANDPHONE ORIGINAL, AP AND CLONE SET...

Original SET vs AP SET vs CLONE SET


Apa itu Original set dan apa itu AP Set dan klon set?

Apakah perbezaan di antara Original set dan AP Set dan klon set?

Bagaimanakah perbezaan warranty di antara Original set dan AP set dan klon set?

Apakah perbezaan kualiti di antara Original set dan AP set dan klon set?

Bagaimanakah perbezaan harga Original set dan AP set dan klon set?

Semua soalan di atas merupakan FAQ di kepala sebelum membuat keputusan membeli sebuah handphone samada Original set atau AP Set atau klon set. Ini kerana jualan handphone terutama smartphone seperti cendawan tumbuh masa kini dengan harga adalah amat berbeza walaupun model yang sama

Semoga jawapan di bawah boleh membantu anda membuat pilihan.

AP set ialah telefon ORIGINAL dari luar negara yang diimport dengan kebenaran kastam, iaitu telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit atau AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti  :-
NOKIA,SAMSUNG,LENOVO,ASUS,SONY,BRIGHTSTAR.

Original set pula diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti NOKIA,SAMSUNG,LENOVO,ASUS,SONY ,Brightstar dan lain-lain lagi dan telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit serta buku panduannya dalam bahasa Malaysia.
Berikut adalah diantara senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:-

Nokia – Zitron, Avaxx,
Samsung – Samsung, Sme
Blacberry –Brightstar
Sony - Thorus, Midland, Dynamic
Htc -  Brightstar
Lenovo - Ecs, Ingram Micro
Asus- Asus Shop
Iphone- Apple Service Center




Perbezaan Kualiti

~          Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan Original Set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Warranty

AP Set
~          AP set memberikan warranty selama 12 BULAN untuk transceiver dan 6 bulan warranty diberikan untuk battery dan charger.
~          Warranty pula adalah dari pengimport dan  bukan dari pengeluar telefon.
~          Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty diuruskan oleh syarikat baik pulih pengimport itu sendiri . Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang sama seperti original set .Cuma jaminan itu adalah jaminan dari pemgimport dan berkemungkinan mereka tidak mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan hanya berada di satu kawasan sahaja.Oleh itu, sekiranya anda  membeli AP set di Kuala Lumpur, anda kena menghantar set yang rosak itu kembali ke Kuala Lumpur dan penjual akan menghantar set tersebut kepada pengedarnya.

Original Set
~          Warranty Original set adalah dari PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lessen oleh pengeluar telefon.
~          Warranty adalah selama 12 bulan untuk transceiver, serta 6 bulan untuk charger dan bateri. sama seperti telefon AP manakala warranty claim boleh dihantar di mana mana cawangan pengeluar telefon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak

Harga
~          Harga AP set adalah lebih murah dari Original Set biasanya di dalam 10% - 30% lebih murah.
Cuma adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi terhad.

Cara kenal pasti Set Original , Set AP ,Set Klon

Original Set
~          Lihat pada sticker pada belakang handphone, kalau tertulis selain daripada syarikat-syarikat yang sah yang disebutkan di atas, maka ia adalah AP.
~          Sticker pengedar sah akan dilekatkan pada telefon bateri dan lain lain aksesori dan biasanya sticker akan ditampal tanpa melindungi nombor siri telefon
~          Kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.contohnya dari ZITRON,AVAXX ,SAMSUNG, MIDLAND ,BRIGHSTAR dan beberapa lagi pengedar sah
~          No siri Imei pada telefon dan kotak adalah sama.



 
Original Charger

AP Set

~          Hanya terdapat sticker dari pengimport atau pengedar sahaja.
~          No siri IMEI telefon biasanya tidak sama dengan di kotak
~          Charger yang diberikan adalah international charger 2 pin nipis bukannya charger yang 3 pin seperti yang biasa digunakan di Malaysia.
~          Adakalanya  bila telefon dihidupkan akan tertera logo telco sah di luar negara seperti singtel, tim, verizon, tmobile ,3.Bergantung kepada negara yang dimport.
~          Mempunyai kad jaminan dari pengimport atau pengedar telefon AP yang sah.

         
AP Charger
Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI.

Sekiranya anda membeli telefon berhampiran dengan tempat tinggal anda boleh saja kalau beli AP set kerana anda boleh hantar sendiri telefon yang rosak ke tempat pengedar dan tidak semestinya ke kedai yang dibeli,kerana AP set ataupun ORIGINAL set kualitinya adalah sama.
Cuma suka saya ingatkan bahawa set klon adalah berbeza sama sekali dari set ori dan AP.

Clone set
~    Jualan clone set adalah  yg paling banyak dijual dipasaran,penjual  biasanya mendakwa Set AP ataupun set rampasan kastam tetapi yang sebenarnya  menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yg mahukan set AP berjenama.
~    Telefon yg dijual bukan Set AP berjenama dan biasanya menggunakan terma seperti replicalook alike..atau biasa disebut Korea set atau Singapore set.
~    Harga  jauh lebih murah dari AP set, tetapi ada yg berniat jahat meletakkan harga yg tinggi seolah2 model  yg dijual adalah tulen
~    Jaminan adalah dari kedai dan bukannya dari pengimport atau pengilang. Tempoh jaminan pula pendek atau kadang kadang langsung tiada
~    Kadang2 boleh dibeli melalui individu2 yg mendakwa mereka punyai barang rampasan kastam atau lebih dikenali sebagai  barang ‘underwater’ Biasa boleh didapati di pc fair atau gadjet fair biasanya peniaga akan kelirukan pelanggan dengan AP set dan Ori Set.

jangan ingat bila ada label MADE IN CHINA tu adalah clone set kebanyakkan klon setlah yang akan dilabelkan dengan negara pengeluar asal bukan negara pengilang.
macam ni

0 comments:

Post a Comment