Searching...
Thursday, 30 April 2015
01:28 0

ISRAEL TUDUH MALAYSIA SEBAGAI PUSAT LATIHAN HAMAS




Wisma Putra dan polis menafikan tuduhan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, bahawa Hamas melatih pelajar Palestin yang melanjutkan pelajaran di Malaysia supaya menjadi pengintip selepas pulang ke Tebing Barat.

Sambil menafikan tuduhan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata jika ada pelajar Palestin belajar di Malaysia, mereka hanya mengikuti pengajian biasa seperti mana ditawarkan universiti lain di dunia.

Jurucakap Wisma Putra pula menyangkal tuduhan itu.

Dalam laporan akhbar Israel, Haarets, semalam, Shin Bet menuduh Hamas melatih pelajar Palestin yang melanjutkan pelajaran di Malaysia untuk menjalankan operasi bagi sayap ketenteraan parti politik Palestin itu.

Akhbar itu berkata, perisik dihantar ke Malaysia untuk mewujudkan rangkaian ketenteraan di Tebing Barat, bertindak sebagai orang hubungan antara wilayah itu dengan negara luar dan melakukan pemindahan wang kepada Hamas.

0 comments:

Post a Comment