Searching...
Tuesday 5 May 2015
22:56 0

PRK ROMPIN : BN MENANG DENGAN MAJORITI MENURUN 41%





Hari ini merupakan hari yang amat penting dan bersejarah untuk rakyat Malaysia kerana hari ini merupakan hari pengudian PRK di rompin. Prk kali ini menjadi penanda aras bagi mengukur sejauh mana kepercayaan rakyat Malaysia pada pimpinan hari ini.

BN berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Rompin dengan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi.


Calon BN Datuk Hasan Arifin mendapat 23,796 undi mengalahkan calon PAS Nazri Ahmad yang mendapat 14,901.



Majoriti dimenangi kali ini hanya sebanyak 8,895 undi berbanding 15,114 dalam pilihan raya umum akan datang.



Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926.



Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.



Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 74 peratus (39,437 undi).


SUMBER : MALAYSIA KINI

0 comments:

Post a Comment