Searching...
Friday, 11 September 2015
09:17 0

CHONG WEI KECUNDANG LAGI DI TANGAN LIN DAN DI TERBUKA JEPUN



APA SUDAH JADI??

Pertembungan dua musuh ketat sekali lagi berpihak kepada bintang China, Lin Dan yang menundukkan jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk kali ke-25 daripada 34 pertemuan mereka pada pusingan kedua kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun semalam.

Lin Dan hanya memerlukan 47 minit untuk mengetepikan Chong Wei 21-17, 21-10 dalam pertarungan antara dua bekas pemain No. 1 dunia di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.


Ini adalah kekalahan kelima berturut-turut diterima Chong Wei kepada juara dunia lima kali itu, sekali gus tidak membantunya dalam usaha memperbaiki ranking dunia daripada kedudukan ke-28 ketika ini.

Cabaran Malaysia pada kejohanan bernilai AS$275,000 (RM1.189 juta) itu kini digalas sendirian oleh beregu lelaki utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

V Shem-Wee Kiong berada di landasan terbaik untuk mencari kejayaan sulung mereka di pentas antarabangsa selepas mengesahkan tempat di suku akhir dengan menumpaskan gandingan bukan pilihan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 22-20, 21-16 dalam tempoh 63 minit.

See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/badminton/chong-wei-kalah-lagi-kepada-lin-dan-1.134362#sthash.cOrE5rLC.dpuf

0 comments:

Post a Comment