Searching...
Friday, 11 September 2015
13:59 0

LELAKI INI DIKATAKAN INGIN MENJALANI PEMBEDAHAN TUKAR KEPALA



MACAM-MACAM DUNIA SEKARANG?? TAK PENING KE KORANG??

Seorang lelaki asal Rusia baru-baru ini membuat sebuah pengumuman yang mengejutkan selepas menyatakan kesediaan untuk menjadi sukarelawan dalam ujian pemindahan kepala manusia, Rabu (8/4/2015).

Mirror melaporkan, Valery Spiridonov, 30, seorang saintis komputer menderita penyakit saraf yang dikenali sebagai sindrom Werdnig-Hoffman yang sangat berpotensi meragut nyawa. Valery sangat berharap boleh menjadi orang pertama yang melakukan tranplantasi kepala yang akan dipimpin Dr Sergio Canavaro.

Lelaki Rusia ini sangat yakin dengan keputusannya.

"Keputusanku sudah bulat dan tak ada ruang untuk merubahnya, apakah saya takut? Tentu saja, kelihatannya sangat mengerikan tapi di satu sisi sangat menarik untuk dicuba, kalau saya tidak mengambil keputusan ini maka kejadian buruk akan menimpa saya juga," ujarnya.


Untuk melakukan projek besar ini, badan baru itu perlu datangnya daripada penderma yang mengalami mati otak tetapi sihat. Dr Canaevaro telah menyiapkan 150 doktor dan jururawat serta dijangka mengambil masa selama 36 jam.

Pada tahun 1970 tranplantasi kepala dilakukan kepada monyet. Namun, selepas lapan hari, monyet itu mati kerana tubuh menolak kepala yang baru.

Sebelum mati, monyet itu tidak boleh bergerak kerana saraf tunjang dari kepala dan badan tidak disambung dengan sempurna.



Monyet itu juga mengalami kesukaran bernafas.




Sumber: Brader Spek Hitam

0 comments:

Post a Comment