Searching...
Tuesday 15 September 2015
03:32 0

RESEPI AYAM HOT AND SPICY



Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
3 sudu serbuk pasti sedap
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk bawang putih
sedikit serbuk five spice
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk thyme
sedikit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment