Bahan bahan: (Kuah Laksa Johor)
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Cara cara:
1. Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
2. Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
3. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
4. Rebus Spaghetti dlm periuk yg berisi air dan sedikit garam,bila dah lembut angkat dan toskan..
[Sekarang sediakan ulam-ulaman pulak,sebagai pelengkap hidangan]
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
[Hiris bahan2 yg perlu,dan susun didlm bekas]
0 comments:
Post a Comment