Bahan-bahan :
400g daging kisar
60g ais kiub
1/2 mangkuk serbuk roti
1 telur
1 sudu serbuk cili
1/4 sudu serbuk ketumbar
1/4 sudu lada hitam
1/4 sudu serbuk buah pelaga
1/4 sudu serbuk cengkih
1/4 sudu serbuk halia
1/2 sudu serbuk bawang
1/2 sudu serbuk bawang putih
1/2 sudu garam
6-7 biji zaitun hijau
Bahan-bahan : (Merebus)
500ml air
1 cawan cuka epal
2 daun bay
2 ulas bawang putih
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh basil kering
1 sudu teh pasli kering
Cara-cara :
1) Masukkan daging yang telah dipotong-potong, sebaiknya buang dulu urat-urat. Atau beli terus daging batang pinang
Kisar sehingga hancur. Kemudian masukkanlah 'spices'. Masukkan bread crumbs, garam, ice cube. Kisar sampai 'mesra' dan sebati.
2) Untuk bentukkan sosej, guna food plastic wrap dan aluminium foil. Kemudian, sejukkan semalaman dalam freezer.
3) Panaskan air rebusan di atas, kemudian masukkanlah sosej yang telah disejukbeku tadi. Rebuskan dalam 30-45 minit. Sampai air rebusan hampir kering.
4) Sejukkan, dan keluarkanlah sosej yang dah masak. Dan jika nak simpan, balutkan sekali lagi dengan aluminium foil dan simpan.
5) Siap
0 comments:
Post a Comment