HAILAH MACAM-MACAM HAL
Akademi Fantasia (AF) 2015 makin hangat kerana inilah kali pertama dalam sejarah AF, seorang juri menarik diri dari program tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pengetuanya.
Melalui Whatsapp yang dikirimkan kepada MH, Che Ta menjelaskan bahawa dia tidak boleh bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional.
"Ini bukan soal duit atau populariti sebab setiap minggu muncul di kaca TV dalam sebuah program yang ratingnya tinggi, tetapi ia adalah soal maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak sihat di mana ada orang yang tidak tahu saling menghormati dan tidak respek yang saya cuma menjalankan tugas yang diberikan. Semua soal professionalism. Apa yang saya buat adalah kerja saya dan saya hanya berminat bekerja dengan orang yang mempunyai tahap professionalismnya sama seperti saya," luah Che Ta.
Che Ta juga mendedahkan sebenarnya dari awal lagi dia tidak berminat untuk menjadi juri namun setelah berbulan-bulan dipujuk akhirnya Che Ta memberi persetujuan.
Oleh itu, baginya apabila telah diberi tanggungjawab maka dia akan memikul tanggungjawab tersebut sepenuhnya dengan baik.
"Tapi dia (Edry) maki saya ketika live show semasa saya sedang beri komen tapi kamera tak sempat nak ambil gambar dia," cerita Che Ta.
Setakat artikel ini ditulis, menurut Che Ta, Edry belum pun menghubungi beliau untuk memberi penjelasan.
"Bos-bos Astro ada pujuk tapi saya tetap akan pertahankan keputusan saya. Kalau Edry telefon pun saya tak mahu tarik balik keputusan saya itu. Saya tak mahu duduk dalam kelompok itu lagi," tegasnya.
Che Ta juga memberitahu bahawa dia tidak akan digam oleh pihak Astro atas tindakkannya itu kerana pihak Astro memahami situasi dirinya.
TERIMA KASIH SUDI BACA
0 comments:
Post a Comment